Salam kepada semua sahabat dan khusus buat YB Datuk Nasaruddin. Agak lewat juga yakni setelah pencalonan beliau baru diketahui oleh masyarakat DUN Bota bahawa YB Datuk Nasaruddin rupanya masih berminat untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat DUN Bota.
Namun demikian, Ustaz Zul menyahut tentangan daripada YB Datuk Nasaruddin untuk bertanding secara sihat. Diharap tiadalah taktikal negatif dibudayakan oleh YB Datuk Nasarudin seperti kes lompatan beliau secara dua kali bertukar arah terdahulu.
Ummat Bota kini sudah tahu menilai yang mana satukah Intan dan yang mana satukah Manikam.